12:06 PM |
Posted in
Pada kuliah kali ini, pensyarah telah meminta setiap pelajar supaya menyediakan POWER POINT. Refleksi power point hendaklah dimasukkan ke dalam folder dalam yahoo group. Oleh itu, saya telah membuka FOLDER POWER POINT untuk menyimpan segala langkah dan hasil kerja power point dari semasa ke semasa sehinggalah selesai. Pensyarah telah menerangkan dan menunjukkan cara untuk menghasilkan power point. Setiap power point mestilah mengandungi pengenalan isi kandungan dan penutup. Slide juga perlu mempunyai pautan terus tanpa perlu membuka fail lain. Pensyarah telah menunjukkan contoh power point yang menarik dan menunjukkan cara untuk membuat pautan tersebut. Slide yang mepunyai pautan harus diletakkan pada slide selepas slide-slide utama atau slide terakhir “ TERIMA KASIH”. Pensyarah juga menunjukkan cara untuk menggunakan MASTER LAYOUT ini bertujuan untuk memudahkan, mempercepatkan dan menjadikan power point lebih baik. Langkah-langkah yang saya perlu saya lakukan untuk menghasilkan power point ini ialah dengan membuat analisa berkaitan isi kandungan yang berkaitan dengan program pendidikan islam, reka bentuk slide dan pelaksanaannya……
0 responses to "REFLEKSI POWER POINT"