Seterusnya pada kuliah kali ini saya diajar membuat slide pautan. Nota pautan mesti dibuat pada slide selepas slide-slide utama dan slide terakhir (Slide Terima Kasih). Copy slide yang hendak dimasukkan pautan atau maklumat yang dikehendaki saya menggunakan AUTOSHAPE untuk membuat pautan. Pergi semula ke slide asal yang hendak dimasukkan pautan tadi dan bold tulisan. Klik Insert pilih menu Hyperlink. Kemudian dibawah LINK TO pilih menu Plece In This Document. Di bahagian SELECT A PLASE IN THIS DOCUMENT pilih Slide Pautan yang telah di copy tadi dan klik ok. Klik pada Slide Show dan pilih menu SET UP SHOW. Pada ruang slid show from taip Nombor Slide 1 to Taip nombor slide terakhir sebelum slide pautan iaitu slide TERiMA KASIH conyohnya pada power point saya from 1 dan To 13. Ulang langkah yang sama untuk membuat pautan seterusnya. Akhir sekali saya semak semula setiap slide yang telah siap untuk memastikan setiap pautan dan susunan slide yang dibuat betul dan tersusun.Selain daripada power point, saya juga perlu membuka folder word dalam yahoo group. Ia bertujuan untuk menyimpan segala hasil kerja tugasan. Saya perlu menyediakan dua tugasan dengan menggunakan word. Pertama, membuat brochure menggunakan “columns” dan kedua, membuat buku program menggunakan “book fold”.
Pensyarah telah menunjukkan contoh-contoh brochure. Pensyarah juga telah menunjukkan langkah-langkah untuk membuat brochure secara ringkas. Langkah pertama yang perlu saya ambil ialah dengan membuat analissa berkaitan tajuk brochure yang ingin saya hasilkan. Idea awal saya pada masa ini ialah untuk memperkenalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran ( p&p ) menggunakan pendekatan ICT khususnya dalam bidang Pendidikan Islam.
0 responses to "REFLEKSI SLIDE PAUTAN"